Sejarah sekolah


Menurut rekod yang ada, Sek kebangsaan Litang diasaskan oleh Orang Tua (OT) yang bernama Tawirid bersama orang-orang kampung. Pekerja ladang getah iaitu Md Jerai yang berasal dari Sarawak telah menjadi guru yag pertama. 

Penubuhan sekolah ini dibantu oleh penduduk kampung sekitar tahun 1950 an. Bangunan sekolah ialah sebuah bangsal (pondok) di kawasan kg Litang ini. setelah 2 tahun, bangunan sekolah dipindahkan ke seberang sungai kerana bangsal yang lama telah using. Pada tahun 60 an, pentadbiran sekolah diambil alih oleh kerajaan. Sekali lagi sekolah dipindahkan ke tapak sekolah sekarang.


Sk Litang ini pernah ditutup pada 1993 kerana disebabkan masalah kekurangan murid. Walau bagaimanapun, pada 4.12.2005, Sk Litang kembali dibuka kerana terdapat permohonan daripada orang-orang kampung. Terdapat dua orang guru yang telah dihantar ke sini selepas pembukaan kembali.